Wednesday, 27 May 2015

K Surah Mujaadalah 58 Pengenalan dan ayat 1-5

Surah Mujaaadalah 58
Ustad Kariman Masjid Bangsar



Al Mujadalah 58:01




Al Mujaadalah 58:01


Pengenalan 
- Al Mujadilah surah 58 
- membawa maksud perempuan yang berdebat

di turunkan selepas Al Munafiqun
22 ayat sahaja 
475 kalimat
1991 hruf
- Termasuk surah madaniah di turunkan selepas nabi Mohammad berhijrah ke Madinah
- Yang ajaib yang hanya ada dalam surah Mujaadalah satu satu surah yang ada dalam setiap ayat dalam surah ini pasti ada nama nama allah 
- surah surah yang lain hanya ada jafdul jalalah ( kalimah allah ) atau sifat sifat allah 
- Surah yang banyak hukum hakam agama eg hukum zihar
- Dan hukum kafarah bagi dosa bagi orang yg melakukkan zihar 
- Hukum yg berkaitan dgn berbisik bisik 
- Hukum yg berkaitan dgn adab adab majlis 
- Peraturan agama berkaitan dgn bersedekah terlebih dahulu bagi sebelum berjumpa dengan sesiapa yang ingin jumpa rasululah
- Hukum hakam berhubung dgn kecintaan dgn musuh musuh allah 

Dalam surah al Hadid ayat terakhir 57:29 cerita tentang kurnia الْفَضْلِ Allah

Al Hadid :29


Ayat pertama surah 58:01 juga berhubung dengan kurnia allah sb ada perkataan سَمِعَ (nama Allah) dan شَسْمَعُ (sifat mendengar) ia itu kurniaan Allah untuk benar benar mendengar

Al Mujaadalah 58:01

KESIMPULAN

1.Dalam surah 58:01Mujadalah Allah sedang benar benar tunjukan sifat sifat tersebut sifat 
contoh allah guna perkataan سَمِعَ ( nama allah) dan يَسْمَعُ ( sifat mendengar )  dalam ayat tersebut bagi menunjukkan  Allah sedang benar benar mendengar. 
"Allah demonstrated his ability to hear or hearing يَسْمَعُ in relation his name سَمَعَ  in the same sentence and this pattern is clearly shown in this particular surah only"

2.Paling tinggi wasiat - Lukman pada anak nya

3.Kalimah Allah di sebut 36 kali surah Al Mujaadalah 

4.Musuh Allah pun boleh  lemah jika di baca surah ini

5. Dlm surah 58 di sebut kalimah Allah samada di beri sifat atau di sandarkan ia itu mutadak  pada sesuatu 

6. Tidak ada di dalam al quran melainkan kalimat yg di sebut selepas nya sifat makna bismillah di ikuti dgn sifat  ar rahman ar rahim tapi ada dlm surah 58

7. Di dalam Quran ada 114 surah jika di bahagi dua surah mujadallah surah 58 akan menjadi surah yg pertama selepas surah pertengahan 

8. Allah menunjukkan sifat kurnia nya di dalam surah ni 

Peringatan 
Tempat dan masa berdoa bukan penentu tapi penyokong saja
Contoh belum tentu doa diterima jika kita doa depan multazam atau malam tujuh leko sebaimana pehaman ramai

Asabunnuzul ayat 58:02 - 58:04 

1.  Haulah seorang wanita mengadu kepada nabi Muhammad berhubung suaminya marah dia semasa dia sedang solat suami menyatakan hajat  untuk bersama dan  selepas solat dia enggan bersama suami nya 
2. Suami dia pun  menzahirkan isterinya dengan lafaz suami dia menyamakan punggung isteri dia sama dengan mak nya (mak suami) 
3. Ini menjadikan status isteri itu sudah haram bagi suami nya ikut peraturan zaman jahiliah sedangkan perkara itu berlaku dalam zaman islam
4. Ini menjadikan status isteri sudah teraniaya 
5. Orang yg pertama menziharkan isterinya masa islam namanya Aus suami Haulah
6. Perbuatan suami merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab 
7.  Haulah pergi berjumpa rasulullah pada masa itu dan bertanyakan nabi akan status beliau
8.  Masa di tanya nabi, nabi pada masa itu tidak ada jawapan 

- Haulah pun rungsing sebab jika dia serahkan anak anaknya kepada suaminya pada masa itu  anak dia tidak akan terbela sebab suami dia tidak bekerja 

9. Nabi hanya kata Haulah kamu adalah haram bagi suami kamu - hukum adalah serupa dengan zaman jahiliah dulu 
- Jadi Haulah kena cari rezki sendiri

10. Tetapi Haulah tidak puas hati sebab suami dia tak lafaz cerai kepada Haulah
anak anak dan Haulah masih cinta pada Aus  suami Haulah
- Jadi Haulah rasa serba tidak kena 

11. Haulah kemudianya menyatakan / menzahirkan ketidakupayaan diri pada Allah 
-  Dia yakin yang Allah boleh selesaikan masaalahnya dgn  "shakwa" شَكَيَ
Ia itu mengadu dengan allah dengan penuh yakin 

12.  Tiba tiba nabi macam pengsan dan dapat wahyu ie ayat ini 58:02 di bawah 

Al Mujaadalah 58:02


Al Mujadalah 58:02





- Kemudian Allah beri syarat kepada suami yang menziharkan maka legalah Haulah 
- Allah beri syarat melalui ayat 58:03, 58:04

Al Mujadaalah 58:03 58:04

Al mujaadalah 58:03

Sambungan Al Mujaadalah 58:03


Al Mujaadaalah 58:04 


Al Mujadaalah 54:04


Syarat 
Allah memberi syarat kepada suami yang telah menziharkan isteri 
jika suami ingin bercampur semula dengan isteri

1. Merdekakan hamba 58:03   فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ 

atau jika tidak dapat memerdekakan hamba 

2. Puasa 2 bulan berturut turut 58:04   ِ   فَصَيَامُ شَحْرَيَنِ مِتَتَابِعَيْنِ
 ( selain hari hari yang di haramkan puasa , boleh berhenti pada hari hari tersebut dan di sambung semula puasa selepas itu) 

atau 

3. Bagi makan 60 orang fakir miskin  58:04    فَاءِطْعَامُ سِتِّينَ مِسْكِينًا

- Jadi dengan turun ayat 58:02, 58:03, 58:04 maka selesailah masaalah Haulah

Pelajaran daripada asabunnuzul

Allah kabulkan doa hambanya sesiapa yg Allah kehendaki
سَتْرَتُلْاللَّةِ

Apa itu zihar? 
- Zihar itu suami yang ucap di mana suami yang buat salah 
- Jadi ayat itu turun allah denda suami , baru adil 
- Tali pernikahan tidak putus
- Kewajipan suami  berjalan seperti biasa
- Hanya suami apabila hendak campuri isteri suami kena bayar kifarah mengikut turutan di atas dan wajib buat zihar sebab itu hukuman pada suami

Pendapat Ramai
- Ada pendapat ramai ( juhur)  jika bapak samakan dengan muhrim terdekat ia itu samakan  isteri dengan rupa anak  perempuan 
- Tapi ada yang bedza pendapat diatas 
The best to avoid ( khuruj)

شَكِيَ
Maksud mengadu
- Mengadu pada Allah bukan merupakan kelemahan
- Allah sangat cinta orang yg mengadu kepadanya , 
perasaan berhajat dari seorang hambanya kepada nya 
- allah suka kefakiran hambanya dan megadu kepadanya

Mengadu pada allah ada 3 macam 

انتشكو نفسك اءايالية
1. Engkau mengadukan diri engkau kepadanya
Ini sangat  mulia 

شكو حلقةطية
   2. Mengadu ciptaan allah or makhluk allah pada allah - pertengahan 
Mulia sangat pun tidak hina sangat pun tidak 

انتشكو اللة الي خلتة . 3 
Engkau mengadu allah pada makhluknya yang dia cipta
Yg paling hina 
(The wrong way is)  Cara yang salah : contoh  jangan  mengadu kelemahan anak kita ( anak ciptaan allah)  pada orang lain  sebab itu ibarat kita mengadukan allah (sebab anak kita yang Allah cipta ) pada orang lain  (orang lain itu pun allah cipta).

(The right thing to do is) Cara yang betul : contoh  mengadu kelemahan kita ia itu cara kita mendikik anak kepada Allah (pencipta) 

- kerana apabila allah tenggelamkan anak nabi Nuh depan matanya Nabi nuh kata anak aku keluarga aku
- Tapi Allah marah dengan mengatakan anak nabi Nuh itu  tak mengamalkan amal yang salleh 

Pembelajaran 
- Jadi jangan soal allah sedangkan allah yang lebih mengetahui
- zihar bukan talak Allah yangtetapkan 
- suami yg menziharkan isterinya kena memenuhi syarat syarat seprti di atas jika hendak bersama semula dengan isteri 

Kesimpulan 
- Dgn ayat ini  allah membatalkan hukum zihar pada zaman jahiliah 
- Sebab  isteri itu tidak melahirkan suami 58:02
- Zihar itu " just a statement of anger not the true fact that the wife is the mother " 
- Allah maha pengampun dan maha pemaaf 58:02
- Hanya sebelum mencampuri isterinya kena bayar kafarah ikut tertib di atas  58:03, 58:05

Allah setrrusnya dalam ayat 58:05 jelas menyatakan bahawa orang yang menentang perintah Allah (dalam kes ini berhubung hukum zihar) dan rasul akan di timpa kehinaan 

Al Mujaadalah 58:05


Al Mujadaalah 58:05





 Perkataan يُحَدٌّ dalam 58:05 membawa  maksud menentang, jadi apabila sesaorang buat sesuatu mengikut pendapatnya tetapi berlawanan dengan allah dan rasulnyadan  perbuatan itu menyalahi syarak allah akan menghina nya هين 

- Dalam 58:05 surah Mujadillah Allah ingatkan supaya kita tidak lakukan zihar lagi kerana Allah telah turunkan hukum bersabitnya 
- Zihar pada zaman jahilliah adalah perbuatan melawan allah 
- Jadi sesiapa yang menzihar isterinya walaupun ada denda, di anggap perbuatan yang menentang dan melawan allah dan rasulnya
- Dan Allah akan hina mereka 

Pendapat
- Ahmad Mustafa Al Marawi berpendapat
 hudud membawa maksud sempadan, undang undang
- jadi sesiapa yang menentang hudud Allah akan timpa siksa di dunia di dunia dan di akhirat
- Sebab kita akan wujud undang undang yang berchanggah dengan peraturan undang undang  allah - - Allah akan hina di dunia dan di akhirat
- Sebab allah yang mencipta kita jadi kita kena patuhi arahan Allah

- sama juga dengan contoh kereta yg di cipta oleh manusia, ada  manual kena ikut manual 
jika kita tak ikut manual dan isi minyak tanah rosaklah kereta

- dalam kehidupan ini  pun sama 
- Allah sudah beritahu, quran dan hadith itu manual jadi jangan memandai mandai menukar manual 
- Kalau allah tak kata nabi tidak akan kata Allah yg kata jadi jangan memandai mandai 
- jika kita dengar cakap allah hidup kita akan di rahmati dan kita akan dapat rasa aman di dunia dan akhirat

Ada pegecualian
- Tidak mengapa jika peraturan  yang kita buat untuk keselesaan hidup contoh peraturan parking , sistem bayar bayar cukai jangan pulak tanya mana datang hadith   


Dr wakbah Azuhairi 
- Akan di timpa زلِّه kehinaan 
- jgn mempermainkan hukum allah
- jgn mengejek ejek hukum allah 
- berdosa lihat surah al taubah  jadi quran sebagai ejekkan dan senda gurauan 
- ini adalah kerana asas ugama kita, salah satunya daripadanya adalah untuk memuliakan dan mengagungkan allah dan rasul 

Memuliakan maksud muliakan 
- allah
- rasul
- quran dan hukumnya

Ada cerita Bashar Mubit Masyur  dia berjalan jalan dia lihat sehelai kertas berterbangan dia pijak kertas  tu rupanya keratan al quran 
Di ambil di bersihkan dan di bawa balik dan di simpan nya 
Dia agungkan kertas itu 
Hati dia makin terbuka dan akhirnya mula pada saat itu 
Gelaran dia basyar al hafi si kaki ayam 

Sesiapa yg mengagungkan memuliakan  syiar allah maka tanda hati dia takwa pada allah 

Sambungan K Surah Mujaadalah 58  ayat  5 - 6

1 comment:

  1. Bismillahirrahmaanirrahiim mohon share jzkk atas perkongsian moga diterima sebagai amal soleh In Syaa Allah Aamiin Allahumma Aamiin

    ReplyDelete