K Mujadaalah 58:17 23 Jun 2015
Ustadz Kariman
Masjid Abu Bakar Bangsar
23 jun 2015
Kesimpulan minggu lepas
Minggu lepas ayat 16 berkaitan dgn sifat munafikin orang orang munafik
Dalam al quran banyak cerita mengenai sifat sifat munafik
Menjadikan iman mereka sebagai جُنْنَة
Jenis Nifak
1. Nifak akbar ie nifak iqtikhadi اعِْتِقَادِي
2. Nifak kecil atau nifak amali
- nifak akbar atau nifak besar membatalkan syahadah menyebabkan ia kekal dlm neraka jika tidak sempat taubat
- nifak kecil amali tak batalkan syahadah tak kekal dlm neraka hanya termasik dosa besar
Nifak iktikhadi اعِْتِقَادِي
1. Sifat pertama
Suka mempermainkan allah mempermainkan rasul
- Menjadikan allah dan syariat sebagai ejekan
- Dengan jelas allah menyatakan jangan kamu banyak menemukan alasan kerana sesungguhnya kamu telah kufur
2. Sifat kedua
Suka mencela kebaikan yang di lakukan oleh orang lain
- Meremeh dan mencela kebaikan orang lain sehingga tidak ada yang benar dalam pandangan matanya
- Tidak ada benda yang baik dalam pandangan mata nya sebaik manapun atau sebanyak manapun kebaikan oleh orang itu
- Sangat payah untuk memerima kebaikan orang lain bahkan suka mengejek dan mengolokan nya
Lihat surah At Taubah ayat 58 di bawah
At taubah 09: 58
- Dalam surah Taubah ayat 58 di atas rasullulah ianya adalah mengenai pembahgian sedekah (zakat) yang di laksanakan oleh rasullah mengikut suruhan allah dlm hal rampasan perang
- Allah serahkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan nabi tidak mungkin tidak adil dalam melakukannya
- Walaubagaimanapun orang munafik terus mencela perbuatan nabi ini
- Mereka suka jika mereka dapat harta rampasan harta perang sekiranya menurut kehendak mereka dan apabila merela tidak di beri atas alasan sebab mereka tidak berhak untuk mendapatkan nya tiba tiba mereka marah walhal yang menjadi mangsanya adalah rasullulah s.a.w.
- Bukankah yang rasa tidak puas hati yang dirasakan oleh orang munafik terhadap pembahgian harta perang itu membuktikan membuktikan yang mereka tidak yakin terhadap perbuatan nabi?
- Perasaan tersebut juga mencerminkan yang mereka mempermainkan sifat keadilan nabi muhamad s.a.w. dalam pengurusan harta tersebut
Lihat surah Lukman31:19 di bawah
- dalam Surah lukman, Lukman wasiat pada putera nya yakni "rendahkan suara mu nak sesungguhnya seburuk buruk suara adalah suara keldai"
Lukman 31:19
- Terlepas dari tafsir tafsir yang ada seorang mufasir memahami maksud seburuk buruk suara adalah suara keldai
- Tetapi setelah mengambil kira kajian dalam alam binatang di dapati keldai ini pelik kerana dia akan mengeluarkan bunyi yang kuat kerana dua sebab:-
1. ketika dia ( keldai) lapar
2. Ketika dia (keldai) nak mengawan
Sifat keldai
- Ini membawa maksud ketika nafsu libido nya belum di penuhi
- sebaik sahaja nafsu libido nya di penuhi keldai itu akan senyap
- Jadi perbuatan yang serupa jika di lakukan oleh manusia membawa maksud yang sama ia itu sifat orang yang mementingkan dirinya sendiri sahaja tanpa menhiraukan orang lain
- Seorang yang dalam kehidupan nya sehari hari ia mempunyai sifat " janji aku dapat " jika tidak dapat sesuatu yang di inginkan orang itu akan terus bising macam keldai tetapi apabila sudah dapat apa yang di inginkan manusia itu akan terus membisu seribu bahasa
- Jadi berhati hati kita jangan ikut sifat keldai
- Orang munafik juga suka bising mengejek dan mencela segala perbuatan rasullulah tetapi yang peliknya yang selalu di ejek dan di cela adalah diri rasullulah sebenarnya sedangkan semua keputusan rasullulah adalah tanpa cela "perfect"
3. Sifat ketiga
Berpaling dari agama - nifak iqtiqadi اعِْتِقَادِي
Contoh : allah kata ikut jalan ini dia ikut jalan lain ni lihat surah Anisa 04:60&61
Anisa:60&61
- surah Anisa 60 - 61 di atas bila di katakan kepada mereka supaya marilah ikut hukum quran dan nabi
- allah menyatakan bahawa kita akan lihat sikap orang orang munafik itu berpaling serta menentang atau menghalang manusia dengan bersungguh sungguh daripada menghampiri quran dan ajaran nabi dgn sebenar benarnya
- orang munafik juga mempunyai sifat menunjukkan kegembiraan tatkala orang kafir dpt kemenangan dan ketika orang mukmin kalah, ketika orang mukmin mendapat bala or bencana kebuluran dan sebagainya
- sifat gembira di dalam hati jika melihat orang kafir senang spt diatas inilah
di namakan nifak iktikhadi اعِْتِقَادِي
Jadi hati hati dengan orang munafik yang gembira apabila melihat orang mukmin dapat keburukan atau bencana dapat di lihat di dalam surah Ali imran 120
Ali Imran 03:120
Nifak adalah bahaya sebagaiman ayang di sebutkan di dalam surah At taubah ayat 79
At Tjaubah 09:79
- Contoh nabi perlu sumbangan untuk perang tabuk
- surah At taubah 09:79 di atas Allah menceritakan orang munafik mencela sebahgian orang muslim yang bersedekah secara sukarela dan mencela orang miskin bersedekah sedikit
- contoh Omar yang kaya meninfak banyak pun orang munafik mencela dan mereka juga mencela orang miskin yang bersedekah sedikit
- sifat orang munafik apabila orang kaya bersedekah banyak mereka mencela dengan berkata sedekah banyak itu sebab orang kaya itu hendak menunjuk
- Tetapi jika si miskin pula bersedekah sedikit dikata pula "Ala tak perlu "
- jadi berhati hati jika ada sifat seperti itu di namakan nifak اعِْتِقَادِي , ia itu ianya membatalkan syahadah dan kekal dalam neraka jika tidak sempat bertaubat
Sifat Amali
Contoh : cakap bohong, tidak amanah
- Apabila dia bergaduh dia pun mengeluarkan kata kata yang kesat
- jika berdebat debat lah sgn paling baik
- Tak boleh keluar perkataan keji itu tanda munafik
- Nabi bersabda dlm hadith muslim
- prinsip debat kena ada pendapat yang berbedza tetapi dalam perdebatan ada kaedah nya
- kena ada sifat ahsan iaitu tiada akan keluar perkataan yang tidak baik sebab itu adalah nifak iqtikadi اعِْتِقَادِي
- ada 70 sifat munafik
Amaran keras dari allah orang munafik dgn sifat nifak iqtiqadi اعِْتِقَادِي mujadallah 58: 17 &18 di bawah
Mujadaalah 58:17&18
- Allah menyatakan dalam surah mujadaalah ayat 17 di atas dengan jelas bahawa harta benda dan anak pinak tidak dapat menghalang atau memberi pertolongan sedikit pun pada hari akhirat
- Harta tidak dapat menebus dari azab allah di akhirat
-Anak anak pun tidak dapat menolong kecuali anak yang soleh
- Harta dan anak anak juga akan / boleh jadi punca siksa di akhirat
- Jadi berhati hati jangan harta dan anak melalalaikan kamu dari zikrullah
- Jangan sehingga cinta kamu terhadap harta kamu sehingga kamu lalai terhadap allah
- Kerana ingin membahgiakan anak sehingga lupa hukum halal haram allah dalam urusan perniagaan atau dalam pekerjaan seharian
Satu di antara punca siksa adalah melalui anak pinak
Contoh : A dan B sakit keduanya masuk hospital dan di rawat oleh Dr. yang sama
Pesakit A
- Penyakitnya sama umur nya sama
- Dah 96 tahun sudah patut sakit
- Tetapi si A tidak ada seorang pun yang ziarah
- kita tanya B kenapa tidak ada yang datang ziarah dia jawab dia sebatang kara anak tidak ada suami adik beradik semua sudah mati
Pesakit B
- Si B di tanya anak anak ramai tapi anak tak seorang pun datang
- Si B lebih tersiksa
- Satu di antara punca penyebab saranan siksanya kalau sesaorang itu menjadikan harta dan anak Tujuan utama hidup mereka lihat surah mujadalah 17
Mujadalalah 58:17
- Ibnu Nashur beliau kata orang orang munafik gulungan yang kaya dan berada di Madinah
- Kekayaan yang mereka miliki punca mereka tolak Islam
- Yang tolak Islam adalah orang munafik gulungan elite intellect yang berharta
- Orang munafik tidak anggap masuk Islam menjaga martabat mereka sebab nabi Muhammad di lihat tidak setaraf dengan mereka
- Orang munafik di Madinah adalah orang hartawan yang menyebabkan mereka berpaling dari Islam kerana mereka rasa mereka rasa berhak untuk jadi pepimpin di Madinah
- Jadi bila mereka terima Islam taraf mereka kena direndahkan
- Mereka ini membanggakan kekayaan dan jumlah anak yang ramai
Munafikun 63 :08
- Dalam surah munafiqun ayat 08 di atas allah zahirkan niat orang munafik hendak halau mengusir semua pendatang pendatang orang muslim bila balik dari perang
- ini adalah kerana Allah melihat yang nabi hampir menerima pembohongan orang munafik sesab nabi tidak percaya cakap sahabat maka turunlah surah munafiqun ini
- Allah beri tahu sifat orang munafik lihat ayat dari pertama surah tersebut
- Lalu allah beri tahu anak mereka yang ramai dan harta yang banyak tidak dapat menolong mereka di akhirat
- Allah ancam mereka dgn menyatakan allah siksa mereka di dunia dan di akhirat
- di dunia allah akan mendesak orang muslim supaya memerangi mereka
Lihat surah Al Azab :60 di bawah
Al Azab 33:60
Lihat perkataan الْهُرْجِفُونَ (orang orang yang menyiarkan fitnah ) di bawah. Perkataan asal مُرْجِفُو
- Ini amaran Allah kepada mereka dan Orang irang jafir dan munafik akan di kutuk, di bunuh dan di tangkap serta harta harta mereka dan anak anak mereka tidak dapat menolong mereka sedikit pun
- Mereka kata bila hari kiamat harta dan anak anak mereka akan lawan nabi Muhammad dan itu yanAllah turunkan ayat ini
-Aallah menegaskan bahawa harta tidak dapat menebus azab dari allah tatkala di akhirat
- Walaubagaimanapun pada hari akhirat orang orang kafir dan orang orang munafik akan minta allah untuk menebus dosa mereka dengan dua (2) bumi lihat surah Maidah 05:36 di bawah
Surah Maidah 05:36
Walaubagaimanapun ini adalah merupakan perkara yang mustahil. Dua bumi yang di nyatakan oleh orang kafir dan orang munafik juga merupakan satu pengakuan yang mustahil juga!
1.Di akhirat Allah tidak menerima
Siksa di akhirat tidak boleh tebus dgn harta dunia
2. Mana ada 2 bumi ? harta mereka tidak seberapa. Walaupun sekiranya ada dua (2) bumi ianya masih tidak akan di terima oleh Allah di akhirat
- oleh yang demikian pastikan anak pinak dan harta jika kita belanjakan di jalan allah ianya akan memberi manfaat di akhirat
Contoh: duit rm10 selagi kita tidak belanjakan di jalan allah ianya merupakan perbuatan yang sia sia - sekiranya kita belanjakan duit rm10 itu untuk membeli makanan nikmat makan yang kita dapat itu adalah sekejap sahaja
- Tetapi jika belanjakan pada jalan allah nilai pada allah sangat tinggi hingga gandaan terpulang pada rahmat allah sepeti allah janjikan
- nabi suka bersedekan oleh otu nabi tudak mempunyai wang
- Kedermawan nabi lebih dahsyat dari angin yg bertiup kencang
- Nabi tidak perlu mengeluarkan zakat sebab tidak cukup syarat untuk zakat
- Nabi meningatkan fatimah putri kesayangan nya supaya melindungi dirinya dari bahang api neraka jadi di nasihatkan fatimah supaya bersedekah ikut kemampuan
- dalam hal ini walaupun kita bersedekah dengan sebiji tamar yang di potong potong ianya adalah satu oerbuatan yang berfaedah
- oleh yang demikian jadi kita bersedekan ikut kemampuan masing masing
- jika duit sikit kita sedekah sedikit ikut kemampuan
- Jika duit kita bayak kita kena infak lebih
- Jika tidak hendak infak banyak tidak payah kaya
Relax mata dan hati nikmatilah ciptaan allah bunga ini tumbuh di gunung Nepal dan berbunga 20 tahun sekali
Mashaalah
Bersambung di minggu hadapan 30 Jun 2015