Wednesday, 10 June 2015

K Surah Mujadaalah 58:17 09 Jun 2015

K Mujadaala  58:17 
Ustadz Kariman 
Masjid Abu Bakar Bangsar 
09 jun 2015

Kesimpulan 
Sifat buruk orang munafik dengan yahudi terhadap nabi banyak di terangkan dalam al quran seperti yang di jelaskan dalam nota 26 mei 2015
- apa yang mereka rahsiakan allah telah dedah dan buka di dalam al quran 

Ancaman Allah 
Ancaman allah di akhrirat  terhadap orang munafik surah mujadila :17 &18 

Mujadila:17&18


- Allah sediakan mereka azab yg amat keras di akhirat
Sebab menipu orang orang muslim
- Dan mereka selalu mendedahkan rahsia rahsia orang muslim pada musuh musuh 
Allah guna berbagai istilah bagi menunjukkan azab ada berbagai jenis nya dan sebabnya 

Jenis - jenis  عَذَابْ

اليمْ ،شَديدْ ، عَظيمْ، مُهينْ، غَليظْ

عَذَابٌ
   خِّيٌ azab fisikal 
   اءَلِّيمْ  azab yg pedih

Semua Azab azab   اليمْ ،شَديدْ ، عَظيمْ، مُهينْ، غَليظْ ini  membawa makna sesuatu yang maxima ia itu azab yang maxima

Apa bedzanya antara satu dengan yang lain ? 
- Ini adalah juga sebagai tanda allah memberi amaran yang keras  kepada kita umat islam dan seluruh manusia bahawa allah mengambil berat kepada setiap penderhakaan yang di lakukan oleh hambanya  kepada tuhannya. 
- Dan jika tidak mendapat pengampunan dari allah, pasti allah akan timpakan azab dan siksa kepada pelakunya.

- Walaubagaimanapun sekiranya pelaku bersungguh sungguh bertaubat dan  allah menerima taubatnya terlepaslah dia daripada azab

- Ini adalah kerana kita telah menjadi mangsa tipu daya iblis 58:19 di bawah 
Mujadila 58:19


Tipu daya Iblis
- Iblis seringkali bisik pada kita contoh  jangan takut dosa, perbuatan itu kecil sahaja dan dosa itu di buat oleh ramai orang dan awak manusia bukan malaikat mestilah buat dosa sebab awak  manusia, lagipun jika awak bertasbih dosa semua dosa gugur jadi jangan takut .... Akhirnya apa yang kita tidak sedar kita telah meremeh remehkan dosa 

- Jadi dalam hal ini allah akan mengazab kita dgn azab yang  عَظيمْ  azim.  

Azab tidak ada yang ringan 
- Semua Jenis azab tidak ada azab yang ringan 
- Setiap  yang diputuskan oleh allah akan samaada masuk neraka dan syurga yang  kekal 
- Orang yang berbuat dosa dan meremehkan nya adalah permainan syaitan apa lagi jika orang yang buat dosa dan tidak merasakan dosa sememangnya rapat dengan syaitan. 

Contoh 
 اءَلِّيمْ  azab yang pedih
عَذَابٌ yang مُهِين azab yg menghinakan ali imran 03:178 lihat perkataan مُهِين di bawah 

Ali Imran 03:178


Ali imran 03:178


Azab yang مُهين
- Azab yang مُهين azab yang menghinakan Ali Imran 03:178 lihat perkataan  عَذَابٌ مُّهِين yang membawa maksud azab yang menhinakan jiwa sesaorang .

Contoh : orang kaya masuk penjara kena cuci jamban dalam penjara dan makan makanan yang kotor dan dan berbau dia akan merasa dangat terhina berbanding orang yang sangat miskin masuk penjara bersama nya dan kena buat perkara yang sama 

- Allah memberi sesaorang itu azab yang    مُهينْ apabila sesaorang itu abuse atau tidak bersyukur dengan  kesenangan dan nikmat yang di kurniakan oleh allah di dunia. 

Azab yang  عَظيمْ
عَذابٌ عَظيمْ  surah hud 11:58, surah Fusilat 41:50, lukman :24, Ibrahim :17
Azab yang paling maximum ie bagi orang yang hatinya sudah tertutup ia itu hati yang tidak salim 

Hati yang tidak salim ada beberapa tingkat :-

1. Hati yang berpenyakit 
-: apa sahaja perangai kita yang melanggar apa saja yg berlanggar dengan syarak

2. Hati yang mengeras 
-: tidak segera di ubat seperti batu atau lebih keras dari batu 
dan jika tidak ada usaha untuk melembutkan nya akan di beri tutup 
bila tidak ada usaha untuk mengangkat tutupnya akan di kunci 
Azab yang  عَظيمْ  bagi orang seperti di atas  

Azab di akhirat  غَليظْ
Azab di akirat sahaja   غَليظْ  orang yang tidak kisah dan tidak berperasaan dan tidak merasa apa apa jika contoh orang di timpa musibah gempa bumi  atau mati di langgar kereta anak beranak 

Lihat perkataan   عَذَابٍ عَلِيظٍ  dalam surah hud11:58 di bawah
yang membawa maksud azab yang keras 

Surah Hud 11:58   



Surah Fusilat 41:50 lihat perkataan  عَذَابٍ  غَلِيظٍ azab yang keras di bawah 
Surah Fusilat 41:50  




Surah Lukman 31:24 lihat perkataan   عَذَابٍ  عَلِيظٍ azab yang keras di bawah 
Lukman 31:24



Surah Ibrahim 14:17 lihat perkataan  عَذابٌ غَلِيظٌ azab yang keras / berat di bawah 
Semua azab غَليظْ  membawa maksud azab akhirat bagi ahli neraka yang kekal 
Surah Ibrahim 14: 17


Azab Dunia dan Akhirat  شَدِيدْ
Azab   شَدِيدْ    azab dunia  dan akhirat surah Ibrahim 14:07 
Lihat perkataan  عَذَابِى لَشَدِيدٌ  di bawah yang membawa makna azab aku sangat keras dan pedih 

Surah Ibrahim 14:07 


Azab عَذَابْ  شَديدْ   azab dunia  dan akhirat 

Contoh : di dunia jika sesaorang  tidak bersyukur dengan nikmat yang allah beri Allah di dunia lagi allah akan timpakan azab di dunia dan pelaku akan dapat lagi azab di akhirat 
Tetapi sekiranya pelaku  syukur dengan nikmat yang di beri kepada nya di dunia  Allah akan tambah lagi nikmat di dunia dan juga  di akhirat 
  
Tafsir Ibnu Katsir Surah Hasyr 59:11-17
Sila lihat tafsir Ibnu Katsir Surah Hasyr 59:11-17 - orang orang munafik tidak menepati janji mereka terhadap orang yahudi di mana tempuh tiga minggu yahudi kena halau sebeb janji orang mushrikin hendak tolong mereka tetapi mungkir janji 

Surah Hasyr 59:11-12


Kederhakaan yahudi dia merasa mereka tidak akan di azab di akhirat
Lihat perkataan  عَذَابٌ اءَلِيمٌ  dalam surah Hasyr 59:15 di bawah yang membawa maksud azabseksa yang tidak terperi sakitnya di akhirat 

Surah Hasyr 59:15



Sumpah 
Dalam quran ada beberapa istilah sumpah 

حَلَفٌ
قَسَمٌ
يَمينٌ

Sumpah yang betul allah refer as  قَسَمْ
Tetapi dalam surah Mujadallah 58:16 di bawah 
mereka salah guna sumpah jadi  allah guna perkataan  أَيْمَٰنَ    sebagai sumpah palsu yang di langgar  جُنَّةٌ 
Lihat perkataan  اءَيْمَبَهُمْ di surah 57:15 & 16 di bawah 

Surah Mujadallah 58:15 

 
Surah Mujaadalah 57:16


 Dalam  surah At Taubah 09:62 Allah guna perkataan حَلَفُونَ bermaksud mereka bersumpah dengan nama Allah untuk mencari keredaan allah 

Surah At Taubah09:62



Sumpah palsu sumpah yang di langgar Maidah 05:89 allah pakai perkataan  الأيْمَٰنَ (sumpah itu) dan perkataan  الأيْمَٰنَ  ( sumpah sumpah itu) di bawah

Al maidah 05:89


dan allah guna perkataan حَلَف  surah al Maidah 05:89  di bawah bila allah beri ingatan bila kamu bersumpah jaga lah sumpah kamu 





Dalam surah Al Qalam di bawah allah guna perkataan  حَلَّفٍ untuk sumpah bila allah kata jangan kamu taati sumpah yang hina 
Surah Al Qalam 68:10 


Sambungan class akan datang  





No comments:

Post a Comment