Tuesday, 16 June 2015

K Mujadaalah 58:16 16 Jun 2015

K Mujadaalah 58:16 
16 jun 2015
Ustad Kariman 
Masjid Abu Bakar Bangsar




Surah Mujaadallah 58:16


Dalam ayat ini mereka jadikan sumpah mereka menutupi dan menghalangi 
Mereka mencari junnah جُنَّةً  (perisai) untuk menutupi kebohongan mereka supaya orang lain tak lihat mereka sebagai orang yang berbohong 
Lihat perkataan  جُنَّةً di bawah 

Surah Al mujaadalah 58:16,


Ayat 16 surah Mujaadalah di atas menceritakan perangai orang munafik
Ada kalimat yang perlu di beri penjelasan lebih 
Kalimah جنة semua nya mempunyai makna dan erti yang sama 

Surah Al Araf 7:184


1. Dalam surah Al Araf ayat 184 di atas dan di bawah lihat kalimah  جِنَّةٍ dalam ayat tersebut  
- Makna asal perkataan جنة penyakit gila yang boleh menutupi terlindungi  akal sesaorang hingga tak dapt fikir dengan waras 

- Orang kafir quraish dalam ayat ini tuduh nabi Muhammad saw  gila 
Allah guna kalimat  جِنَّةٍ  dalam ayat ini kerana dalam hal ini orang kafir quraish ingkar dan tidak mahu memikirkan dengan fikiran yang siuman bahawa nabi Muhammad tidak sekali kali mengidap penyakit gila sebagaimana yang mereka tuduh itu. Jadi akal orang Quraish tertutup atau terlindung dari berfikir dengan waras 
Lihat kalimah جِنَّةٍ di bawah 

Surah Al Araf 07:184



2. Dalam surah Hud 11:119 di bawah allah guna kalimat  جِنَّةِ  
- kalimat  جِنَّةِ  membawa makna jin 
Allah guna kalimah   جِنَّةِ  kerana jin ini terlindung daripada pandangan mata kita  
 
Surah Hud 11:119 


Surah Hud 11:119




3. Dalam surah As Sajdah 32 :17 di bawah Allah guna kalimah    أُخْفِىَ  untuk membawa maksud  
di sembunyikan 

Surah As Sajdah 32:17


Surah As Spajdah 32:


- Allah guna perkataan / kalimah ini sebab allah ada tutup sesuatu dari orang mukmin 
- Setiap mukmin hendak sesuatu yang allah sembunyikan , perkataan أُخْفِىَ di  itu maksud syurga tapi allah guna perkataan اُخُفِيَ bukan perkataan / kalimah  جَنَّة
- syurga yang di gambarkan dalam quran untuk di imani bukan untuk di bayangkan sebagaimana kita bayangkan dengan akal kita yang amat terhad ini 
- sahabat nabi muhammad saw Abu Bakar sahaja yang tidak ragu apabila dia di beri yang nabi naik ke langit dia kata  jika benar nabi cerita dia naik ke langit jika nabi sebut lebih daripada itu pun saya yakin !
- makanan iman adalah makanan hati jadi perlu di imani jangan di fikir dan hendak cari sebab sebab yang munasabah pada akal kita untuk mempercayainya . Yakin pada Allah ianitu ayat quran dan nabi. 
- rasul bersabda dalam hadith ....الِصَّيام جُنَّة  sebagai pelindung word junnah tu
- contoh puasa jadi جُنَّة sb kita kena sembunyikan anger kita 
- contoh (i)jika kita sedang berpuasa dan ada satu orang datang dan menghina kita, kita sebenarnya ada pilihan untuk respon secara marah tapi kita buat pilihan untuk tidak berbuat demikian , yang menghalang kita adalah    جُنَّة  
-contoh (ii) kita berjalan ke luar negara atau dalam negara  kita membuat pilihan tidak makan makanan yang haram, yang menghalang kita adalah    جُنَّة   
- contoh (iii) semasa kita berpuasa tidak siapa yang melihat kita, ada makanan yang halal dan air di dalam rumah atau di depan kita tetapi  kita membuat pilihan untuk tidak makan, yang menghalang kita tu sebab kita ada  جُنَّة 
- Kalau boleh lepas bulan puasa masih ada    جُنَّة  makna kita masih ada pelindung menutupi menghalang kita daripada membuat perkara yang mungkar atau tidak baik dari segi akhlak 
- Allah tahu walaupun orang munafik cuba menyembunyikan 

- Tafsir Al Marawawi 58:17  di bawah orang orang munafik menutupi kekufuran mereka menjadikan  sumpah sumpah palsu mereka sebagai  جُنَّة  supaya mereka tidak di perangi oleh orang muslim 

Surah Mujaadalah 58:17


- Ramai orang islam yang tidak tahu sifat mereka mereka fikir orang munafik ini baik dan jujur
- Mereka patut dan layak di perangi sebab mereka kafir tapi mereka buat benteng benteng sumpah  جُنَّة  
- tetapi apbila mereka bila sudah merasa selamat mereka menimbulkan keraguan yang besar dalam hati hati orang muslim

Ibu Dosa besar ada 3 

1. الكُفُر 
2. الِشرك
3. النِفَاق

Ibu dosa Dosa orang orang munafik 
- Bermaksud di mana ianya membatalkan syahadah dan menghapuskan pahala 
- dan mereka berbuat demikian akan kekal dalam neraka jika tak sempat bertaubat 
- perkara ini ada di sebut dalam surah 58:15 di bawah di mana allah mengatakan yang allah telah menyediakan azab seksa yang berat bagi orang mukmin yang menzalimi diri 

Surah Mujaadalah 58:15



- Azab yang hina  مُهِين  azab dunia dan akhirat see lihat nota Mujadaalah bertarihkh 9 jun 2015

- Pelaku mukmin yang melakukan Nifak yang kecil tapi dosa nya tetap besar. Walaubagaimanapun  ianya  tidak membatalkan syahadah dan  terselamat daripada kekal dalam neraka . Berbedza dengan mumin yang melakukan ibu dosa besar membatalkan syahadah dan kekal dalam neraka 

Ibnu Katsir 
- Orang munafik menyembunyikan kekurufran mereka dan mereka sembunyiknnya dengan أَيْمَٰنَ  ie sumpah palsu  ( lihat nota Mujaadalah bertarikh 9 april 2015) 
- ada hadith yang menceritakan allah suruh nabi merobohkn masjid di madinah  yang di buat oleh orang munafik walaupun masjid itu sangat cantik kerana orang munafik hendak guna masjid ini untuk pecahbelahkan  umat umat islam 

-  Allah dengan zat nya allah tahu tipu daya orang munafik 
Orang munafik telah buat nifak besar ( dosa besar) 
nifak ada 2
1. Nifak i اعِْتِقَادِي ( lihat surah at taubah 09: 65 di bawah) 
2. Amaliyun 

Surah At Taubah 09:65

 
- dalam surah 09:65 di atas jelas belaku nifak besar contoh apabila dibuat senda gurau   نَخُوضِ   dengan ayat ayat allah serta  rasulNya
- nifak akbar ikhtifadi اعِْتِقَادِي - perbuatan ini membatalkan syahadah jika tidak bertaubat 

Akhlak mulia nabi Muhammad saw
- Abdullah bin abdullah nabi tak nak bunuh dia walaupun dia munafik 
- Bila dia mati anak dia minta baju nabi mohd untuk di pakaikan ayahnya yang telah meninggal dunia dan nabi beri baju nya 
- Itu lah akhlak rasul sangat baik dan hassanah
- nabi ada bersabda  sebaik baik manusia dalam zaman ku .... tetapi kita kena ikut akhlak ia itu nabi sifat uswah hasannah Nya

Renungkan
- Daripada 30 juz ayat ayat yang cerita pasal hukum hakam tak lebih dari 10% 
- Adakah anda sudah bagus ? Contoh anda sudah kenyang sedangkan ada yang lapar? Terfikirkah anda  juga mengenai Ilmu, harta? dan lain lain atas prinsip yang sama
- Di mana silap kita ni? Kena muasabah diri
- Ada baiknya bila kita baca quran carilah ayat ayat yg kena atau mentempelakkan kita supaya kita sedar dan cuba ubah diri kita , jangan kita mencari kesalahan orang lain 

Bersambung minggu depan 13 april 2013 insyaalah 

1 comment: